WELCOME TO OUR ONE AND ONLY BLOGGIE ! »

Friday, May 27, 2011

Selamat Maju Jaya

Assalamualaikum semua... Pejam celik pejam celik kita semua dah nak membawa hala tuju masing2 kan?Pasti sedih... Indahnya ukhwah yang kita bina di maahad dulu...Semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga...dan..semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti...i'll miss u all..

berikut adalah hala tuju warga batch of accounting :
  1. AINA BLUE - usim (tamhidi syariah dan undang2)
  2. AZIMAH - iium (asasi ba)
  3. ATIFAH ISHAK - usim (tamhidi perakaunan)
  4. AISYAH - usim (tamhidi syariah dan undang2)
  5. ZAHIRAH - usim (tamhidi perakaunan)
  6. EINAS - matrik changlun
  7. FATIRAH - matrik changlun
  8. AMIRAH - matrik perlis
  9. DINI - matrik perlis
  10. NAZIHAH - matrik perlis
  11. ANIS FARHAH - iium(asasi human sc)
  12. FARHANA NAJWA - uitm shah alam (dip.perakaunan)
  13. NURUL SHAHIDA - uitm merbok ( dip acc )
  14. NAZARIYAH - iium(human sc)
  15. TEN MIRA - matrik
  16. TIKAH - matrik changlun
  17. AMI AMIRA - iium (econs and management science)
  18. HASANAH - stam ( mpik )
  19. SYAHMI - stam ( mmps )
  20. SHAKINAH - stam ( mmas )
  21. LIYANA - unisza
  22. AINA PINK-iium(asasi ba)
  23. ATHIFAH ASMUNI - matrk perlis
  24. MIMI KARIM - iium(asasi ba)
  25. SABITAH - um (usuluddin)
psss...lagi 5 orang tak dapat dikenalpasti...kemana menghilang???hehe

"kita berjumpa kerana takdir,
kita berkawan kerana kasih sayang,
kita bersama kerana hati,
kita terpisah kerana cita-cita,
kita kekal kerana kekuatan ukhwah,
tapi yang paling penting semuanya kerana Allah.
Bukan mudah untuk berkawan,bukan mudah untuk kekalkan,
bukan mudah untuk teruskan,bukan mudah sehingga lahir kerinduan.
Harap terus berkekalan.
UKHWAH FILLAH.

Thursday, May 19, 2011

The beginning of a new journey


Salam to all of Amanah's crew member...*hi

Okayy, this is a short one from me...

Let's face this, we've changed. We've all changed.
Somewhere between school ending and school starting.
We've all gone in our own directions.:[

Some of us,
ke IPT, MATRIK, STAM, STP (x pst),
Good Luck and All The Best to all of you,
yang tak dapat IPT tu, be strong.
Tak semestinya tak dapat IPT dah gelap masa depan.
It's our culture, they made us believe it like that.


This is a very inspirational quote that I found ;
" I failed in some exams but my friend passed in all,
now he is an engineer at Microsoft & I am the owner of Microsoft.." - Bill Gates




See, Bill Gates yang fail exam dulu pun dah antara orang terkaya di dunia..
Memang la kita tak perlu cari duniawi sangat,
kena balance ukhrawi & duniawi,
tapi kena la ada ilmu kan untuk balance kedua benda tuh..

So, di sini, aku nak cakap,
jalan mana pun yang hampa pilih,
bidang apa pun yang hampa pilih,
once dah decide nak masuk situ, nak blajaq situ,
pulun weh, toksah dok wat study kentang rilek pisang macam kita wat dulu.. heh.
 diva
(okayy, have to admit, ini lebih kepada diri sendiri =,=' )

Harap kita semua keep in touch,
Stay connected,
Lupakan perbalahan lama yang diri tak matured buat dulu tuh,*ehem
dan mulakan yang baru OKAYY,,
tolong doakan sesama kengkawan,
Buat apa nak ingat kenang-kenang benda tak elok kann, buat hati sakit jaa...
Orang nak semua yang manis manis belaka,
yang pahit pahit kita tauk tepi,
bukak buku baru..
CEWAH ! KEMAIH !!

Okay, nampak macam ayat "this is a short one from me" kat atas dah macam tak relevan., 
based on all this rambling kann.. wat-evs...



# sapa yg x dapat maktab tuh, chill lah. masing masing dah ad back up kann...tak payah wat teruk okay !  anyway, rayuan kan ado...

#and nanti dah masuk U ka MATRIK ka, Tolong jangan hanyut dengan drama KOREA...:]]

that's all....


*bye

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Masih terngiang-ngiang betapa bersemangatnya para murabbi mendendangkan lagu ''kami guru malaysia'' pada sambutan hari guru yang lepas...Kami amat merindui saat itu...Melihat anda ketawa. Melihat anda tersenyum. Oh,unforgetable memories.

Ustaz2 yang sangat sporting


Kami suka melihat anda gembira

Sajak di atas kami,warga 'batch of accounting 2009-2010' dedikasikan untuk para guru Maktab Mahmud Alor Setar. Andalah ibu bapa kedua kami. Tanpa kalian siapa kami pada hari ini. Yang mengenalkan kami kepada Pencipta. Yang mengajar kami menjadi muslimah yang sempurna. Yang tak jemu-jemu mendidik kami. Yang menjadi pendengar setia di saat kami memerlukan. Ampunkan segala salah dan silap kami andai pernah mengguris hati kalian. Takkan dilupa jasa kalian.

Kami berdoa agar ustaz-ustaz,ustazah-ustazah,dan cikgu-cikgu senantiasa di dalam rahmat Allah SWT...

Kami sayang cikgu!