WELCOME TO OUR ONE AND ONLY BLOGGIE ! »

Sunday, December 13, 2009

Ing@tan Bu@t Semu@

Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat PEMUDA YANG BELM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.

Nur Kasih-mencari diri

“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.
Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?
Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.
Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?

Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!

Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!

Pencarian Diri Bermula

Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.

Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?

Aplikasi Buat Anak Muda

Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.

Setiap Manusia Punya Kebaikan

”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!

Dipetik daripada laman iLuvislam.com tulisan ZaffanKhalid

Mathematics is easy

Multiply Up to 20X20 In Your Head

In just FIVE minutes you should learn to quickly multiply up to 20x20 in your head. With this trick, you will be able to multiply any two numbers from 11 to 19 in your head quickly, without the use of a calculator.

I will assume that you know your multiplication table reasonably well up to 10x10.

Try this:

  • Take 15 x 13 for an example.
  • Always place the larger number of the two on top in your mind.
  • Then draw the shape of Africa mentally so it covers the 15 and the 3 from the 13 below. Those covered numbers are all you need.
  • First add 15 + 3 = 18
  • Add a zero behind it (multiply by 10) to get 180.
  • Multiply the covered lower 3 x the single digit above it the "5" (3x5= 15)
  • Add 180 + 15 = 195.
That is It! Wasn't that easy? Practice it on paper first!

Friday, December 4, 2009

pdg rmput vs " mr right " ??!!



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Wednesday, December 2, 2009

kenduri rumah editor

tarikh:13 november 2009
hari : jumaat
masa : makan tengah hari
tempat : rumah editor
yang hadir : 1/2 daripada student 4 aisyah

tgh meramas kacang..untuk dibuat kuah satay...
berehat seketika setelah penat mengangkat tempat bakaq satay..

potret bersama
jemput makan sume
geng2 bdak asrama
ngan ustzh zatul ifa

........................................................................................................
sekian




my first time

testing...testing...
hehe..nak try ja...

^^9 jenis pembaziran^^

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Tuesday, November 3, 2009

ATTENTION PLEASE!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
UTK SESIAPA YANG NAK TURUT SERTA MENJADI AUTHOR DLM BLOG NI,BOLEH LA ANTAQ EMAIL KE empat_aisyah@yahoo.com.my ...HANYA TERBUKA KEPADA PELAJAR KELAS 4 AISYAH SAHAJA...NNTI GITAU NAMA SEKALI TAU..

WASSALAM

Monday, November 2, 2009

burung pipit

Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit.

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.

Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.

Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Apakah sumbangan kita pada hari ini untuk perjuangan Islam ?

Saturday, October 31, 2009

JaMuAn 24/11/09

24hb 11 yang lepas,mak 'ra-ee-sah' 4 aisyah buat jamuan khas untuk budak2 4 aisyah..hehe..jagan jeles...jamuan sempena abih peksa..abeh peksa final year...padahal minggu depan tu ada SMRAMM lak..papepun..thank you mak cik manisah...sekurang2nya..releas sikit tension kami..hehe...berikut adalah kronologi majlis...

Rajin juga puteri-puteri maahad ni year...maklumlah..calon gadis melayu untuk season 3...hehe
eh..yang kat belakang tu tengok jer ker...tak qeti nak buat keje...
dalam orang dok sibuk2 kat dapuq..ada juga yang rajin mengapai...besa la...minggu depan kan SMRAMM..oh..tidak!!!!!Dan ada juga yang membaca majalah..

Yeah...makanan dah siap...mai makan cepat..satgi nak balik dah...
OPsss..baca doa makan dulu la weh...aik...mangkuk dah kosong baru teringat nak baca doa makan...heheh
Urmm..yummy...sedapnya bihun tomyam ni...perghh....
Makan..makan...buat la mcm rumah sendiri noh...
Control ayu nampak...ngeh3
1...2...3......seyum...
ish...balik2 gambaq depa ja...
Potret 4 aisyah..
special for 4 aisyah...kalo nak gambaq besaq..klik ja kat gambaq tu...

sekian...wasalam..

Friday, October 9, 2009

good luck for exam


Good luck for your final exam and SMRAMM!!!!Chiayok!!!

Friday, October 2, 2009

kalau Allah itu baik,kenapa Allah jadikan neraka??

Ini kisah benar, Wallahua ' lam...kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ' Membangun Bersama Islam ' , kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri kedalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita
berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ' lulus ' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga… perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ' baik ' . Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya,untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu ' alaikum. "

Our lovely ustazah,cikgu and teacher!!

These is our very gorgeous teacher,ustzah and cikgu...

Cikgu Nasim Mustaffa..guru kelas kami yang sentiasa mengambil berat tentang kami semua...sayanggggg cikgu...

Ustazah Zatul Ifa Abu Bakar-ustzah paling cute bagi tahun 2009..hehe..ustzah ni mengajaq kmai sume 3 subjek-qawaid,mutholaah,dan insyak..kelebihan ustzah,sangatlah pandai memujuk kami tika kami bosan dlm kelas..hehe...

Ustazah Asmahan Hasbullah-ustazah yang cute + garang...satu ayat yang takkan lekang dari mulut ustzah sebelum keluar kelas ialah:"balik buat apa?buat tahi mata??mengapai noh"...ustzah mengajaq kami maddah usul fiqh,feqah dan faraidh

Teacher Hanim yang sporting...

Teacher Azura-Guru Add math kami..tcher tak pernah bagi latihan byk2..2 latihan pun dah cukup buat kepala otak ni jadi gila..yew la..sapa tak kenal ngan add math..selalu buat org sakit hati..tapi bila dah dapat jawapan..seronok sampai lupa dunia..huhu..


Ustazah Farishana Ismail..ustzah mengajaq kami maddah balaghah dan nusus..tapi sekarang ni dah jadi penolong kanan HEM..Ustazah selalu bagi nasihat dalam kelas...selalu cerita tentang pengalaman..antara yang ustazah pernah cerita kepada kami semua ialah ketika ustzah berada di mesir..kebetulan kena dengan tajuk kami mengaji hari tu-bab fasohah..

pada suatu hari tu,kwn ustzah dari terengganu nak memasak..lalu dia berkata kepada ustzah:"mana geset..geset mano??"..ustzah plak ingatkan kawan ustzah tu nak masak sambil mendengar keset nasyid..lalu ustzah pun pasang la keset kat radio...kwn ustzah yang dari terengganu tu pun,bertnya la sekali lagi,"mano geset!!!??"...pastu,kawan ustzah dri kelantan bertanya la kepada yang dari terengganu tu,apakah yang dimaksudkan dengan 'geset'...bila dilihat rupa geset itu dia pun berkata:''owh...colok"....yang ustzah plak:"ish..sorang geset,yang sorg lagi colok..pebenda la tuh"..bila ditengok:"aahhh...guquih api..!!!"....

bila habis ustazah cerita,maka bederailah ketawa kami sume...huhu..rindu nak dengaq ustzah bercerita lagi..

Selepas ustzah farishana berpindah ke MMPT,maka tempat ustzah digantikan oleh ust zulkhairi..tak sampai 5 bulan mcm tu kut,ustz pun dapat tawaran jadi pensyarah UITM,tempat ust pun diganti oleh ust khairulbasyar..tapi tak dak dalam simpanan gamabq ustz khairulbasyar..


Wednesday, September 23, 2009

tido...

cakap pasal peksa ini...aq nak pesan la kat korg sume...baca buku tu baca jugak..tapi jgn la sampai tertido mcm kat bawah ni...hahaha





trial smrmm,final exam,smrmm..arghh..!!!!


salam aidilfitri wt spa yg mbca blog nie,, sy trtrik ngn s2 bnd nie..ntah la nk pggil pa.. tp yg jelas, ianya mengmbrkn perasaan bdk2 maahd f4 skrg nie..

sick of crying tired of trying yeah, im smiling but inside im dying there is no choice either i love it or not ive to be strong to live this life

tatw la kalo ada yg xrs cm2 lgsg. tp sy mmg rskn bg2. bg skop sbgi seorang pelajr, dgn suasana skrg "mood exam", bkn seng nk lalui semua nie. tatw na tumpu kt mn skrg nie. smrmm tetp kn ngapai..final exm tetp kna go through.. plus, skrg nie plak rya. cuti pown,lgsg xbw pa2 mkna. da nmny rya,so....kta braya la. tp mmg diakui,braya time2 cm nie, mmg xbes. mn tak ny,kpala dok pk nk peksa ja..rya pown xsmgt.. mmg btoi la owg ckp, bla da mkin besr,tggjwb mkin brtmbh. tggjwb sbgi anak, pelajar,hamba, ketua,manusia. kna pndy2 sniri la uruskn walaupun tahu kadg2 diri xmmpu. to: shark,pah muni,nad-d,hanim,tkah,shamimi,yana,aisyah,anis,naza,ami,fatirah, sheda, 'atifah,zhah,sabitah,aina pink, zmah,dik mie,hasanah,aina blue,fralia,einas,dini,pah huda, syah,zahirah,najwa,fathyyah n lz but not least shakinah........luv all of u fren..korang suma bly success..pa yg penting??kerjasma..!!! hahaha kpda zhah,hsanah,dini,aisyah n spa2 yg dpt top 10 ri 2, bkn ben 10 ea..pesnn tok korg "dont stop at da top,touch da sky b4 u drop"

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak


Kami..warga empat aisyah ingin memohon maaf di atas segalah salah dan silap terutamanya kepada ibu dan ayah,ustz ustazah,cikgu2 dan kawan...semoga dengan kemaafan yang diberikan oleh kalian..kami akan memperoleh keberkatan di dalam pelajaran..amin..

di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Friday, September 11, 2009

Doraemon di alam nyata...

Doraemon di alam nyata???huh,biaq betul...huhu..apa2pun kan best kalo doraemon ni betul2 wujud..boleh minta macam2...hehe...tapi kita kena ingat,dengan kehadiran doraemon lah nobita jadi seorang yang pemalas...dan yang paling penting tempat yang paling hakiki untuk kita minta sesuatu ialah tuhan yang menciptakan kita..fikir2kanlah...

SMRAMM is around the corner


Salam..semoga semua pembaca blog ini mendapat keredhaan Allah hendaknya..cakap jew pasal SMRAMM ni,pasti kawan2 semua rasa takut dan ngeri kan...bak kata senior2 kita,perasaan tu pasti akan dialami sesiapa sahaja yang bernama MAHAADIAN..tetapi,semakin dekat peperiksaan,semakin malas pulak nak buat revision.Biasalah,syaitan ada dimana2 kerana syaitan benci orang yang berjaya..tapi sekarang kan bulan puasa..saya rasa ni lah masa yang terbaik untuk buat research kembali...bak kata ustazah asmahan:"kita kena buat betul2 SMRAMM kali ni,ni bukan sebarangan periksa..kita tak tahu nasib kita bila SPM nanti,SMRAMM ni adalah peluang kita yang ke-dua selepas SPM..."..kepada sahabat2 yang kusayangi sekalian,berjuanglah bersungguh2..semoga impian kalian menjadi kenyataan...Amin...

Wednesday, September 9, 2009

Topeng muka abad 21





ha..mahu tampil lebih bergaya...carilah topeng2 sedemikian di farmasi2 berdekatan..hehe..lawak jew lah...takkan farmasi nak jual benda2 mcm tu...alar,,lukis sendiri jew...jimat..huhu

Sunday, September 6, 2009

Etika menulis blog

Untuk mengelakan perkara2 yang tidak di ingini,pihak pengurusan blog ini,telah menetapkan beberapa garis panduan seperti di bawah:

1) Tidak meletakan gambar peribadi.(persendirian)
2) Tidak menulis en3 hanya untuk kepentingan peribadi.
3) En3 mestilah lebih menjurus kepada umum.
4) Tidak menggunakan kata2 sesat.
5) Dan lain2 yang dirasakan munasabah.

Mana2 penulis blog yang tidak patuhi arahan di atas,pihak pengurusan blog ini tidak teragak2 untuk mendelete en3 nya.
Kerjasama rakan2 sekalian amat kami harapkan.

untuk mana2 pelajar kelas 4 aisyah yang ingin turut serta menulis blog ini,bolehlah menghantar email ke (empat_aisyah@yahoo.com.my)...email tersebut mestilah beserta nama penuh pelajar tersebut.

Sekian,Terima kasih.

Thursday, September 3, 2009

kna denda,,

salam ramadhan..

hari nie hari khamis kan?? da crita bes tw ri nie.. here's the story goes,,

"Pagi 2,lps cg Normah keluar,,ust Izzat xmasuk,mgkn sibuk sbb da trial spm...lps msa ust, 2 msa sblum rehat adalah time ustz Asmahan,subj feqah dan ufiqh. ustzh nie,sejk form 1 lg dia mgajar, tiap kali abih kelas dia akan ckp"balik buat pa?? wt taik mata??mngapai noh.." .. mgapai,mgapai, mgapai..mmg xlekang dr mulut ustz Asmahan. km sekelas,bahkn satu sek mmg knai da ustzh. sapa x mgapai,tggu ja la nk kna pa..

so,pagi 2, sejk dri umah lagi,even smbil jln..semua bdk2 klas 4a pegang bku wrna pink dan s2 lg wrn biru. owg bly agk la, kalo pgang 2 bku 2,mst da subj ustzh ri 2. ps2, bla cg Normah keluar dan ust xmsuk, pakat sembg laaaaa, bising gilerr...terabuq kls,semua owg brjln sna sini. sembang hu ha hu ha..biasa la,smggu lbih xjmp, mmg cm 2..xsedar habaq da..

tiba2 ustz terpacul depn pin2. owg len xsdq gi time 2, kls mmg xterkwl la wk2 2. ada ketua kls pown xly pkai,tahun dpn jgn lntik sy da la.hahaha. nmpk2 ja ustzh,sy tros bg isyart suwoh senyap.da terlmbt daaa...tgk mka ustz pown tw da,stg mst kna marah. lps bca doa 2, rs cm dok kt u nuh,kna syarah sj.. semua tunduk rpat ke meja.hehehe..

"frhna, sapa yg sembg kuat sgt td,smpi ke bwh dgq.jwb lekas,kalo dk kamu yg kna" ustzh tny. sy serba slh nak jwb. s2 klas tgk. "semua ustzh,semua" nampkny aina pink cm xstuju ja ngn sy.sory aina.. tgh2 semua owg dok muhasbh diri, ustzh ckp......

"kamu pegang telinga,tgn silang kn,jln smpi ujg nuh. smpai btoi2 kt ujg, bwu u-turn..2 round" terkasima s2 klas.. nah!!!!! amik,rs kn..haha..mka s2 kls mmg nmpk la,protes gilerr...mn dk nya,kt ujg nuh ada kls sc1 n sc4. da ptra lg tuhhh,perhh..maluny nk lalu..sahamku jatuh tersungkur..huwaa..

da g s2 bnda ustz tgur. kta mmg suka wt mnda nie.kalo nk bgn dari dduk 2,tolak kerusi xdah2, s2 bgunan bly dgr.mmg slalu da ustz pesn,tp hari nie mmg ustzh mrh sgt sbb kt bwh, kak2 dok trial spm. ustzh mmg concern sgt pasal semua bnda. km 'salute' ustzh..

dari saat 2,s2 kls peduli. kalo bisg skit ja,akan ada yg mengingtkan..tolak kerusi kuat skit ja,ada yg na mengingatkan..mst la kna kerjsma,,kalo dak,sma2 la kta men'capub' dpn kls sc. sbb micheal jack son pown da kta"you're not alone"hahaha.. so, amik la pngajrn..


hny tuhan yg tahu,,

salam ramadhan buat semua,,

cuti hari tu, sy psti ,semua bdk2 4 aisyah tension xsudah. mana tak nya, kerja sekolah bertimbun. kalau di maahd nie, homework sbesar gung 2 perkara biasa, da xkisah. dah sedar kata homework byk pown xmo wt lagi.satu lg fenomena biasa.

tp yg lagi bes, masuk2 sekolah ri fes ja,dpt tw yg da trial smramm hujg bln 9 nie..khabr angin bertiup kencang lama dah,tp tny punya tny punya tny,xdpt jwpn gk..last2, sblum cuti 2 da msyart kowt,konpom la mmg da..direct lps rya,jejak kaki kt sekolah ja,tros trial..ps2 rest smggu..dlm mggu rest 2,da bengkel smramm la plak..xda rest jgk la alamtny. mggu ke-3 plak,periksa akhir tahun n lepas 2 baru la smramm.

bayangkan sebulan bergelumang dengan buku..hahaha,pmr pown xtension cm nie.sabar la kgkwnku. sebulan ja nak jd ulat buku pown.sbb 2 la,"honeymoon year" 2 ,xrelevan dengan situasi di maahad. sesiapa yang masih berada di maahad smpai sekarang nie, mmg insan terpilih. smramm nie, semua subj arab yang memerlukan hafalan. kalo fham sj tp xmngapai,xly gk. hafal sj tp xphm pown xly gk.in short,semuanya kna seiring.

da 10 subj semuanya dan mmg tepu otak kalo sumbat semuanya.siapa yang betul2 kuat ja mampu lalui semua nie. Allah S.W.T ada berfirman yang Dia uji kita sbb Dia tahu kita mampu. ramai gk yang keluar maahad sbb xmo amik smramm tp x semua org keluar sbb 2, da faktor2 lain.kita yg masih ada di maahad nie, bersyukurlah sbb kita antara org2 Allah pilih untk lalui semua ini.

so, pa tggu lg. nak mumtaz??? kalo nak smpai tahp nie, kita memrlukan revolusi berfikir dan bertindak. to bdk2 4 aisyah, kita semua bly wt, cuma nak ngn xnk ja. to sleeping beauty,hehehe, bgn la dri tdo anda..

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan datang lagi

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat
yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu .... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....