WELCOME TO OUR ONE AND ONLY BLOGGIE ! »

Tuesday, May 8, 2012

Betapa berharganya seorang wanita


Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............



Nota kaki :


> saya rindu mak saya....
> Proud to be a woman....err...a muslimah, insyaAllah...
>Ayuh jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga akhlak agar diri ini mempunyai ciri-ciri seperti di atas sesuai dengan tujuan sebenar Allah menjadikan seorang wanita itu...

:-) Rindu korang!

Thursday, March 8, 2012

HAI KAWAN-KAWAN!!!


           Apa khabar semua? I miss you guys like orang gilak! semua dah besar kan? dah boleh kawen, dah boleh jadi mak orang pun. hahaha...
          Ermm, how's study? Kdg2 kan, bila pikir-pikir balek, mcm caya x caya ja, umo kita da 19. Eh, betul ka kita maken tua? kita maken menginjak dewasa? lepas ney dah tak boleh nak main-main gedik-galak-gegeh macam dulu lagi. Dunia sekarang menuntut kematangan dan keseriusan kita dalam menangani setiap perkara.
          " Aku semakin tua, ajalku jua semakin menghampiri... "

hurmm,panjangnya intro, kan? Nak share menda ney ja pun sbnaqnya...hehe ^__^



~✿>> Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥




  Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥




   shhhhhhhh : jom kawen muda. hehe ;-)

Monday, January 2, 2012

another year pass

assalamualaikum kawan2 y dirindui. hampa igt dak ni? yaa2, ni gambaq kelas kita before spm. xsemua ada kn..hee~ aku rindu semua ni..dah nak masuk 2tahun kn kita berpisah? aku rinduuu~

rindu nak pakai baju sekolah,
rindu nak share bekal ngn kawan,
rindu nak tidoq dalam kelas,
rindu nak gelabah,kalot2 buat akaun,
rindu nak menyanyi dalam kelas,
rindu nak kacau hampa semua,
rindu nak kena denda dgn cikgu,
rindu nak kena marah,
rindu nak sibuk2 dgn persatuan,
rindu nak ada mesyuarat,
rindu nak cucah garam belacan,
rindu belajaq,
rindu nak bergosip..ehemm~ hehehe
rindu kacau aina blue!!!
paling penting ,

AKU RINDUKAN HAMPA SEMUA ALL THE 5 AMANAH GIRLS..!


even ada y xrapat dengan aku, aku rindu saat2 kita dulu..
maafkan aku sepanjang tempoh kita belajaq sama2 okay?
rindu sangat, dah nak masuk 2 tahun kan,,cepatnya masa berlalu....

moga2 ukhuwah kita tetap kekal terpelihara~ amin
ehem! ada sapa2 nati nak bertunang ka nak kawen ka...
silalah jgn lupakan hamba kat sini wahai kawan tersayangku..
all da best dalam apa pon y hampa buat.
igt aku dalam doamu. !!
<3 naza <3