WELCOME TO OUR ONE AND ONLY BLOGGIE ! »

Tuesday, November 3, 2009

ATTENTION PLEASE!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
UTK SESIAPA YANG NAK TURUT SERTA MENJADI AUTHOR DLM BLOG NI,BOLEH LA ANTAQ EMAIL KE empat_aisyah@yahoo.com.my ...HANYA TERBUKA KEPADA PELAJAR KELAS 4 AISYAH SAHAJA...NNTI GITAU NAMA SEKALI TAU..

WASSALAM

Monday, November 2, 2009

burung pipit

Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit.

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.

Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.

Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Apakah sumbangan kita pada hari ini untuk perjuangan Islam ?

Saturday, October 31, 2009

JaMuAn 24/11/09

24hb 11 yang lepas,mak 'ra-ee-sah' 4 aisyah buat jamuan khas untuk budak2 4 aisyah..hehe..jagan jeles...jamuan sempena abih peksa..abeh peksa final year...padahal minggu depan tu ada SMRAMM lak..papepun..thank you mak cik manisah...sekurang2nya..releas sikit tension kami..hehe...berikut adalah kronologi majlis...

Rajin juga puteri-puteri maahad ni year...maklumlah..calon gadis melayu untuk season 3...hehe
eh..yang kat belakang tu tengok jer ker...tak qeti nak buat keje...
dalam orang dok sibuk2 kat dapuq..ada juga yang rajin mengapai...besa la...minggu depan kan SMRAMM..oh..tidak!!!!!Dan ada juga yang membaca majalah..

Yeah...makanan dah siap...mai makan cepat..satgi nak balik dah...
OPsss..baca doa makan dulu la weh...aik...mangkuk dah kosong baru teringat nak baca doa makan...heheh
Urmm..yummy...sedapnya bihun tomyam ni...perghh....
Makan..makan...buat la mcm rumah sendiri noh...
Control ayu nampak...ngeh3
1...2...3......seyum...
ish...balik2 gambaq depa ja...
Potret 4 aisyah..
special for 4 aisyah...kalo nak gambaq besaq..klik ja kat gambaq tu...

sekian...wasalam..