skip to main |
skip to sidebar
-bertubuh kurus - seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif, aktif dan pantas bergerak, agak penakut, suka diberi penghargaan dan belaian orang lain.-bertubuh sederhana - suka tidur dan kuat makan, kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak, sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.-bertubuh gemuk - seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat berfikir tapi ngatan tajam, cabar dan jarang marah.Dari segi tarikh lahir.-bulan 2,4,6,8,9,11,12 - kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan. -bulan1,3,5,6,7,10,12 - tenang, mudah bertolak ansur, mudah diajak berbincang.-bulan2,3,4,7,8,9 - emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.Dari segi warna kegemaran.
-hijau - mencintai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.-hitam - serius, tinggi iltizam, buat sesutu dengan bersungguh-sungguh. -putih - optimis, sabar, sangka baik, suka kedamaian.-merah jambu - penyayang, bersungguh-sungguh, keinginan tinggi.-oren - suka kebebasasn, kreatif, aktif , agak kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi.-kuning - ceria, tahan lasak, suka berkawan.-biru muda - sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.-emas/perak - suka kepada kejayaan.Dari segi urutan dalam keluarga.
-anak sulung - cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sek, jadi model kepada adik-adik, pandai pujuk, suka kawal orang lain.-anak tengah - suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, suka bertolak ansur-anak bongsu -berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah, kreatif-anak tunggal -yakin, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi, pemurah.
Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat. Editor pernah mengamalkan petua 2 hasil nasihat ibunya. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.
Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .
Petua 12
Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .
Petua 14
Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.
Petua 15
Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.
Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....
jangan baca saja,,cuba la...heheheh,,
Merah
mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.
Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.
Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.
Jingga
Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.
Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.
Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.
Kuning
Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.
Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.
Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.
Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.
Hijau
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.
Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.
Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Biru
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.
Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.
Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.
Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.
Indigo
Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.
Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.
Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.
Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.
Ungu
Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.
Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.